Hari 11 – Saksi dan Hamba

Hari 11 – Saksi dan Hamba

Sabat terakhir ini seharusnya menjadi masa untuk bersukacita atas semua yang Tuhan telah lakukan untuk anda dan gereja anda sepanjang Sepuluh Hari berdoa. Rancang hari ini untuk meraikan kebaikan dan kekuatan Tuhan yang besar. Perhatikanlah tentang pengalaman pencurahan Roh Kudus sepanjang sepuluh hari yang lalu. Sabat ini adalah satu peluang untuk bergembira dengan apa yang telah dilakukan, sedang dilakukan, dan akan lakukan oleh Tuhan. Continue reading Hari 11 – Saksi dan Hamba

Hari 10 – Dinding Kain Linen

Hari 10 – Dinding Kain Linen

Semua yang telah mengenakan jubah kebenaran Kristus akan berdiri di hadapan-Nya sebagai yang telah dipilih, yang setia dan yang benar. Syaitan tidak mempunyai kuasa untuk merebut mereka dari tangan Kristus. Tidak ada satu jiwa yang dalam penyesalan dan iman yang tidak akan dilindungi dari si musuh apabila memohon perlindungan dari-Nya. Dia berikrar: ” Tetapi jika musuh umat-Ku menghendaki perlindungan-Ku, biarlah mereka berdamai dengan Aku. Ya, biarlah mereka berdamai dengan Aku.””Yesaya 27:5 BM. Janji yang diberikan kepada Joshua penting untuk semua: ” Jika engkau mematuhi hukum-Ku… Aku akan mendengarkan doamu, seperti Aku mendengarkan doa para malaikat yang di hadirat-Ku. “Zakharia 3:. 7. Malaikat-malaikat Tuhan akan berjalan di kiri kanan mereka, walau di dunia ini, dan akhirnya mereka akan berdiri di kalangan para malaikat yang mengelilingi takhta Tuhan. (Testimony Treasures, jil. 2, ms. 174) Continue reading Hari 10 – Dinding Kain Linen

Hari 9 – Hukum

Hari 9 – Hukum

Hukum Tuhan adalah hukum kasih. Dia telah meletakkan keindahan di sekeliling kita untuk mengajar kita bahawa kita diletakkan di bumi ini bukan hanya untuk hidup bagi diri sendiri, untuk membina, dan bekerja keras, tetapi untuk menjadikan hidup kita terang, gembira, dan indah dalam kasih Kristus – untuk menggembirakan hidup orang lain di dalam pelayanan kasih, sama seperti bunga-bunga. (Thoughts from the Mount of Blessing, ms. 97) Continue reading Hari 9 – Hukum

Hari 8 – Manna

Hari 8 – Manna

Mereka [bangsa Israel] telah diarahkan untuk mengumpulkan segomer (20 liter) untuk setiap orang; dan mereka tidak seharusnya membiarkan ada yang tersisa sehingga pagi. Ada yang cuba untuk menyimpan bekalan sehingga esok hari, akan tetapi didapati ia tidak boleh dimakan lagi. Makanan untuk hari itu dikumpulkan pada pagi hari; kerana semua yang tersisa di atas tanah akan dicairkan oleh matahari… Pada hari keenam semua orang akan mengumpulkan dua gomer seorang. Para pemimpin ingin bertemu Musa dengan segera, mengenai apa yang telah terjadi. Jawapan Musa adalah, “Inilah yang telah dikatakan oleh Tuhan, Besok adalah Sabat yang suci untuk berehat bagi Tuhan mu; bakarlah apa yang perlu kamu bakar pada hari ini, dan masaklah yang perlu kamu masak hari ini’ dan sisa yang tertinggal untuk kamu adalah untuk kamu simpan sampai besok pagi.” (Patriarchs and Prophets, ms. 295, 296) Continue reading Hari 8 – Manna

Hari 7 – Tabut Perjanjian: Tongkat Harun

Hari 7 – Tabut Perjanjian: Tongkat Harun

Setiap orang Kristian akan mendapat roh penginjilan. Untuk berbuah adalah untuk melayani sama seperti cara Kristus melayani, untuk mengasihi jiwa-jiwa sebagaimana Dia telah mengasihi kita. Degupan jantung yang pertama bagi mereka yang sudah dibaharui ialah untuk membawa orang lain kepada Juruselamat; dan sejurus setalah orang itu menerima kebenaran, mereka akan memiliki keinginan yang tinggi untuk memimpin orang lain yang masih berada dalam kegelapan untuk masuk ke dalam terang yang berasal dari Firman Tuhan… (To Be Like Jesus, ms. 281) Continue reading Hari 7 – Tabut Perjanjian: Tongkat Harun